Wednesday, December 30, 2009

MAJLIS BBQ DI RUMAH PN NORIDAH


kek hari jadi


menu yang disediakan


hadiah dari kami student pgsr psv



inilah rumah Pn Noridah

Sabtu, 12.12.09- Satu majlis BBQ oleh Pn Noridah Bt Ramli (Pensyarah Penyelaras PGSR PSV) telah diadakan di rumahnya dan beliau sekeluarga telah menjemput kami student PGSR PSV IPG KSAH untuk meraikannya. Inilah satu majlis yang amat bermakna buat kami semua kerana inilah julung-julung kalinya kami diraikan sepanjang 1 tahun belajar di IPG KSAH Sg Petani.
Ramai yang hadir pada malam tersebut cuma 2-3 orang sahaja yang tidak dapat hadir kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Banyaklah juadah yang telah disediakan oleh Pn Noridah antaranya ialah laksa, mee sup, kuih-muih dan bbq ayam dan kambing.
Sebenarnya majlis tersebut adalah majlis 2 dalam 1 di mana kami turut meraikan sambutan hari jadi En. Mokthar (suami Pn Noridah). Apa lagi kami pun dapatlah makan kek hari jadi (yang ke 25 tahun kot he he..). Suami Pn Noridah nampak masih muda lagi. Masih "ganteng" kata orang putih he he...
Gambar di atas adalah sebahagian daripada rakaman lensa yang sempat diambil dan ia dapat menggambarkan segala-galanya- keikhlasan, keseronokan dan kesepakatan serta kekeluargaan.

SENI ITU INDAH DAN BERMARUAH

No comments:

Post a Comment