Tuesday, November 10, 2009

INTERAKSI BERSEMUKA SEMESTER 2 & 3 BAGI BULAN NOV - DIS 2009


"Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera"

Kepada semua Peserta PGSR khususnya Pelajar PSV2B/2009;

Interaksi yang tersebut seperti di atas akan bermula pada 22hb. Nov. 2009 (Ahad) sehinggalah 23hb. Dis. 2009. Surat panggilan interaksi telah dihantar oleh pihak Institut ke sekolah masing-masing. Sila semak dengan pihak pejabat sekolah anda.

Kali ini kita diminta oleh pihak Institut supaya membawa sijil-sijil asal/transkrip/dokumen yang berkaitan bagi urusan pemindahan kredit (bagi peserta-peserta yang layak). Semua dokumen berkenaan mesti dikemukakan kepada Jawatankuasa yang terlibat selewat-lewatnya pada 01hb. Dis. 2009 nanti. Kepada semua peserta, sila ambil perhatian tentang perkara ini.

Kita juga akan menduduki peperiksaan akhir pada bulan Nov ini dan harap-harap semuanya sudah bersedia. Kalau belum, masih ada masa untuk mentelaah, maklumlah kita ni belajar sambil bekerja. Apapun, jangan rasa tertekan kerana tekanan itu akan menyumbang kepada pelbagai masalah.

Kepada semua, dalam tempoh seminggu lebih dari sekarang ini buatlah persiapan yang mana patut. Cuaca pun agak kurang baik sekarang ini. Jadi, jagalag kesihatan masing-masing supaya kita dapat menamatkan semester 2 ini dengan jayanya dan seterusnya membuka lembaran baru di semester 3 pula. Diam tak diam kita akan menerima junior tidak lama lagi... Kita jumpa di sana.
"SENI ITU INDAH & BERMARUAH"