Wednesday, December 30, 2009

KEMBARA VISUAL 2009


penulis di Balai Seni Lukis Negara


penulis bergambar dengan Bayed sebelum bertolak


bergambar beramai-ramai sebelum bertolak


Azhar membacakan doa selamat sebelum memulakan perjalanan


penulis bergambar di hadapan potret monalisa


memberi dan menerima cenderahati daripada Pegawai Pusat Kraftangan Negara


bersarapan di Hotel


Menara Berkembar Petronas yang menggamit


tengok tu.. Tok Bomoh berbaju merah sedang menurun..



Balai Seni Lukis Negara


bersama pilot KSAH, Brahim dan Sham


Bergambar di hadapan Hotel Lisa DeInn, PJ



bersama artis di Pasar Seni


taklimat di Platenarium Negara



T Shirt Kembara Visual 2009


suasana semasa perbincangan program


model yang dibawa khas dari Planet Hollywood- Din Siber


sumbangan cenderahati kpd Pn Noridah yang kami sayangi


penulis menerima cenderahati daripada Pn Noridah di atas tajaan penginapan 3 hari 2 malam

Kelas PGSR PSV IPG KSAH telah mengadakan Kembara Visual ke Kuala Lumpur pada 13hb. Dis-15hb. Dis 2009 yang lalu. Inilah program pertama kami "outing" luar kampus dengan sokongan dan dokongan kuat Pn Noridah Bt Ramli selaku Pensyarah Penyelaras PSV kami. Memanglah amat menyeronokkan program selama 3 hari 2 malam tersebut. Tambah menyeronokkan apabila kami telah berjaya mendapatkan tajaan penginapan percuma selama 2 malam di Hotel Lisa de Inn, Petaling Jaya. Sebanyak 11 bilik penginapan bernilai hampir RM3K telah disumbangkan oleh YBhg Datuk Seri Abdullah Hishan B Hj Mohd Hashim selaku Naib Presiden 1 PAFA dan juga Presiden Persatuan Bolasepak Daerah Larut Matang & Selama, Perak. Secara kebetulannya saya adalah Setiausaha Sulit kepada beliau, jadi dapatlah kami menumpang rahmatNya..
Program bermula dengan pembantkan AJK Program Kembara Visual, mesyuarat AJK serta pembahagian tugasan kepada semua student kelas PGSR PSV.
Kami bertolak pada jam 08.30 pagi, 13hb Dis. 09 dan pada hari pertama kami menghabiskan masa melawat Planetarium Negara, Pasar Budaya dan setelah penat kami bermalam di hotel. Hari kedua pula kami ke Balai Seni Lukis Negara dengan melakukan aktiviti scatching dan menyaksikan pameran. Selepas itu kami ke Pusat Kraftangan Negara dan akhir sekali ke Istana Budaya. Hari terakhir kami ke Menara Berkembar Petronas.
Walaupun kepenatan terutamanya selepas menduduki exam, tetapi kami semua amat happy menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepada kami dan kami telah bekerja sebagai sebuah pasukan yang amat mantap. Segalanya berjalan dengan lancar berkat kesabaran, kesepaduan dan kesepakatan.
Saya mewakili keseluruhan student PGSR PSV IPG KSAH ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan serta kerjasama yang telah diberikan oleh Puan Pengarah IPG KSAH, Pn Noridah Bt Ramli, Ketua Jabatan dan semua pensyarah kami serta rakan-rakan sekelas yang amat rapat di antara satu sama lain dan tak ubah seperti adik-beradik. Tak lupa juga buat best friend kami- Brahim dan Sham (Pilot IPG KSAH) yang begitu bfriendly dan sporting dengan kami semua. Jasamu dikenang. Terima kasih juga kepada adik Siti yang telah banyak membantu kami dalam mengambil gambar2. Ahli keluarga Pn Noridah juga banyak membantu menjayakan program kami- terima kasih jua.
Akhirnya saya memohon jutaan ampun dan maaf andainya sepanjang saya mengepalai Program Kembara Visual i ni terdapat sebarang kesilapan ataupun kekurangan yang tidak disengajakan. Saya adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan sebarang kesalahan dan kesilapan.
Semoga kita akan bersama lagi di dalam kembara yang lain pula di tahun 2010.
Sekian, terima kasih.
SENI ITU INDAH DAN BERMARUAH

MAJLIS BBQ DI RUMAH PN NORIDAH


kek hari jadi


menu yang disediakan


hadiah dari kami student pgsr psv



inilah rumah Pn Noridah

Sabtu, 12.12.09- Satu majlis BBQ oleh Pn Noridah Bt Ramli (Pensyarah Penyelaras PGSR PSV) telah diadakan di rumahnya dan beliau sekeluarga telah menjemput kami student PGSR PSV IPG KSAH untuk meraikannya. Inilah satu majlis yang amat bermakna buat kami semua kerana inilah julung-julung kalinya kami diraikan sepanjang 1 tahun belajar di IPG KSAH Sg Petani.
Ramai yang hadir pada malam tersebut cuma 2-3 orang sahaja yang tidak dapat hadir kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Banyaklah juadah yang telah disediakan oleh Pn Noridah antaranya ialah laksa, mee sup, kuih-muih dan bbq ayam dan kambing.
Sebenarnya majlis tersebut adalah majlis 2 dalam 1 di mana kami turut meraikan sambutan hari jadi En. Mokthar (suami Pn Noridah). Apa lagi kami pun dapatlah makan kek hari jadi (yang ke 25 tahun kot he he..). Suami Pn Noridah nampak masih muda lagi. Masih "ganteng" kata orang putih he he...
Gambar di atas adalah sebahagian daripada rakaman lensa yang sempat diambil dan ia dapat menggambarkan segala-galanya- keikhlasan, keseronokan dan kesepakatan serta kekeluargaan.

SENI ITU INDAH DAN BERMARUAH