Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2010 / 1431H


Saya mewakili keseluruhan pelajar kelas PGSR PSV Kohort 1, IPG Kampus Sultan Abdul Halim ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada kesemua Muslimin dan Muslimat khususnya kepada semua pensyarah, rakan-rakan, ahli keluarga serta kesemua yang mengenali kami.
Kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andainya ada sebarang salah dan silap yang telah kami perlakukan sepanjang kita bersama.
Kepada yang akan melakukan perjalanan pulang ke kampung, pandulah dengan penuh berhemah. Pandulah dengan cermat dan ingatlah orang yang tersayang
Semoga kita bersua kembali pada interaksi bulan Oktober 2010 nanti.

Maaf Zahir Dan Batin

SESI INTERAKSI SEPTEMBER 2010


Galeri Psv


Teknik tie & dye


topeng


topeng


ni le Pahlawan sexy yang sedang menyiapkan proses akhir tshirt


Khozaini menjemur baju yang sudah dicetak


Bung di hadapan potret Monalisa


Suasana di dalam kelas Psv


Inilah satu-satunya waris Labu Dan Labi yang masih tinggal..


Lihatlah kaum wanita memerintah kaum lelaki yang semakin pupus..hu hu hu



En. Zek, Pensyarah PSV


Bung di pameran Psv


Bukan senang nak bergambar di sini..


Khozaini dan Azhar

Kelas PGSR PSV sekali lagi berkampung di IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sg Petani bagi mengikuti kuliah seterusnya. Diam tak diam dah 2 tahun kita bergelar student yang dalam perjalanan memburu segulung ijazah.
Kali ini kuliah amat padat dan assignment pula bertimbun. Namun yang menarik pada kali ini ialah kami berpeluang mencuba pelbagai aktiviti seni seperti membuat corak pada t-shirt, mencetak t-shirt dan juga pelbagai pengalaman yang menarik.
Walaupun kuliah pada bulan puasa dan Hari Raya pula semakin hampir, namun kami tetap bersemangat untuk meneruskan kuliah. Itulah semangat dan komitmen yang kami tunjukkan.
Kita semua bersimpati dengan Rash yang mana bapa beliau sedang sakit dan didoakan semoga segera sembuh.
Bung tak dapat nak bercerita dengan lebih lanjut, cuma Bung uploadkan gambar2 di atas yang dapat menceritakan tentang perjalanan kelas kami.
Akhirnya Bung ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada semua pensyarah, rakan2 serta kepada semua yang mengenali kami di Psv. Tak lupa ucapan ini ditujukan khusus kepada Pn Noridah Bt Ramli yang telah begitu banyak membantu kami sepanjang di sini. Semoga akan berjaya dengan Phd nanti.
Sekian terima kasih

Seni itu indah dan bermaruah