Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Saya mewakili kawan2 dari kelas PGSR PSV ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua warga IPGM Kampus Sultan Abdul Halim terutamanya kepada Puan Pengarah, Timbalan Pengarah, para Senior Lecturer, Ketua2 Jabatan, para pensyarah serta rakan2 dari kelas PGSR yang lain.

Tidak lupa juga kami tujukan ucapan ini khusus buat semua pensyarah yang mengajar kami seperti Pn. Noridah Ramli, En Taufik, Tn Hj Othman, Tn Hj Judin, Pn Norhana, Tn Hj Jahaya, Cik Norhayati dan lain2 lagi.

Kami memohon kemaafan andainya terdapat sebarang kesalahan mahupun kesilapan yang telah kami perlakukan.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir & batin

seni itu indah dan bermaruah

Tuesday, September 8, 2009

INTERAKSI BERSEMUKA PADA BULAN OGOS YANG LALU


al-fadil ustaz Azhar nak bagi ceramah..


Tn Hj Othman sedang beri penerangan aktiviti


ada gaya, ada cara..


group Khozaini sedang menyiapkan kerja


aktiviti di dewan


nak lukis ke nak buat kek?


kau ni la Zah... kau lukis dan kau sendiri tergelak tengok lukisan kau.. he he


ni group Din memang asyik melukis sampai tertido..


kak penin la tengok assignment ni....


"dengar sini murid-murid.." kata cikgu Murni


aktiviti memilih pasangan..


Azhar the artist


ni group kidal..


Pn Noridah Ramli yang hebat


The Baling Boy


arca luak.. he he


arca tak luak..


memenuhi ruang & perspektif



lukisan potret semulajadi


inilah hasilan catan aku laa...


gambar ni Pizah yang lukis.. dahsyat ooo


my first Chinese art


Pn Noridah ni ada banyak bahan..


gaya al-bayed


ni gaya aku la..




Pada 23h- 27hb. Ogos, 2009 yang lalu semua pelajar PGSR PSV Ipsah telah berkumpul kembali bagi mengikuti sesi interaksi bersemuka selama 5 hari. Rasanya memang tak sabar setiap kali nak menunggu kelas bermula. Rasa seronok juga jadi pelajar semula walaupun beban yang tergalas di bahu hanya Tuhan saja yang tahu. Pada hari pertama ada rakan yang tidak dapat attend kelas kerana ada beberapa masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan.
Seperti biasa ada beberapa orang rakan di kelas PSV yang sentiasa berulang-alik setiap hari ke Ipsah. Aku juga seperti biasa akan menunggang motosikal kesayanganku setiap hari merentasi Lebuhraya Utara-Selatan. Jarak antara Taiping dengan Sg Petani dah terasa dekat. Perjalanan hanya memakan masa 1 jam 20 minit dan minyak lebihkurang RM20/sehari untuk pergi dan balik.
Cuma pada kali ini terasa letih sedikit sebab bulan puasa. Aku bertolak dari rumah selepas Subuh dan sampai ke rumah ketika waktu berbuka. Ada kawan-kawan yang bertanya tak penat ke? Aku bilang dah biasa ride motor jarak jauh. Biker's tak kenal erti penat..
Kelas kali ni agak pack dengan pelbagai tugasan serta assignment. Aku agak pening dengan kelas Numerical Literacy sebab aku ni jenis tak berapa pandai English. Cakap English, orang putih pun kena bukak dictionary nak tengok ade tak makna perkataan yang aku cakap he he..
Keputusan exam sem. 1 pun dah keluar dan alhamdulillah serta tahniah kepada semua rakan kelas Psv kerana lulus semua dan boleh menyambung pengajian. Paling cemerlang ialah Jeane yang dah bertukar ke opsyen muzik di IPGM Perlis. Dapat 3.5 something... tahniah Jeane dan semoga kau mengikuti blog yang aku kendalikan ni. Aku dapat 3.** saja, maklumlah budak tak berapa pandai.
Kelas aku ni (PSV) ada 5 orang jejaka tua sahaja. Mereka ialah aku (Mukther Rizam), Din (Ketua Kelas), Azhar (Bendahari Kelas), Khozaini dan Al-Bayed. Yang lain penuh dengan perempuan saja.. Habislah kalau sorang lelaki tak datang, memang real-real nampak he he.. Dalam kelas PSV Din adalah "Raja Tidur", Azhar adalah "Raja Batik", Khozaini "Raja Bollywood", Bayed pula "Raja IT" dan aku pula sekadar "Raja Hantu" he he.. Yang student perempuan semua dahsyat2 aku tak berani nak sebut kat sini..
Aku tabik dengan semua pensyarah yang mengajar kami di PSV, semua amat berdedikasi. Paling seronok bila kali ni kita dah belajar subjek major iaitu PSV. Memang seronok walaupun susah subjek ni.. Seronok bila Pn Noridah Ramli bagi kita orang 'chance' untuk tunjukkan skill masing-masing. Memang ramai yang berbakat..
Gambar-gambar di atas adalah sebahagian daripada aksi2 yang sempat aku rakam semasa kelas hari tu.. Just for fun saja... Kalau sesiapa yang ada apa-apa maklumat yang nak disalurkan kepada aku bolehlah emailkan kepada aku di beruspensil68@gmail.com.

Sekian, semoga berjumpa kembali..

"Seni Itu Indah Dan Bermaruah"